Thursday, July 29, 2010

Hari huru-hara

Ok. A few days ago. Alarm nokia bunyi pukul 6.30pagi Snooze dua kali. Bangun dgn lemah gemalai irama malaysia pukul 6.50. Pergi mandi dgn selamatnya. Lepas siap mandi, misi kejut Put. Amek handset, call beliau

Aku: Woi.. Bangun!!!!
Put: Kelas Puan Vina ada ke??

Aku: Takde ke?? sapa kata??

Put: Hari tu dia cakap. cuba tanya budak2 ni.

Aku: Hampeh la... Nanti aku tanya budak2 ni


Sangat bengang. Terbangun awal. @#$%^&*%^ (maki diri sendiri sebab tak alert). Message semua orang. Semua cakap takde kelas. Ok. Sambung tidur.


Hari ni dengan semangatnya pakai sport attire sebab ada praktikal sport fisiologi. Bila sampai dewan kuliah, tengok semua budak sport science pakai baju biasa. Ok. Takpe. Aku berjaya menunjukkan kelainan (T_T). Tanya semua orang, assignment reflection kena bagi kat siapa. Tapi diorang cakap due date hari kamis. So, semua tak hantar lagi. !@#$%^&*#$%^ (maki diri sendiri utk kali ke 2 sebab tak alert tk kali ke 2 ). Kelas health society berjalan lancar sebab Dr Rohani yg ajar. Abis kelas awal pulak tu. Ngeee.....


Hari huru hara diteruskan ke kafe Harmoni. Makan sambil borak sampai tak perasan dah pukul 11.07. Takpe. Hari ni praktikal je. Dr Mat pun takde (ambik kesempatan). Teruskan perjalanan ke lab sport science dgn perut yg kenyang. Belajar ambik bloop pressure. Terasa jakun bila Kak Mazra ajar cara guna spegmomanometer. Then, praktikal yg lebih extrem bermula.

"Buat kumpulan. 3 org utk 1 kumpulan. Ambik blood pressure utk rest and exercise. Lari atas treadmill" Ncik Hafezi.

Aku, Put dan Zati. Put pakai jeans, Zati pakai slack & sandal crocs, aku pakai sport attire lengkap. Tapi Zati yg nak buat. Fuhh... Nasib baik. Tak payah aku lari. Ambik blood pressure je. (Apa guna ko pakai sport attire??!!!). Lepas habis, keluar lab dgn penatnya. Sekarang aku confius. Zati yg lari, aku yg penat..

Misi makin mencabar. Pegi bilik Ncik Azuar, bincang tentang sporty day. Misi pertama selesai. Pergi bilik Prof Isa, beliau tak ada. Misi kedua tergendala. Pergi bilik Prof Yusof, hantar assignment. Misi ketiga selesai. Nak pergi pejabat akademik, tapi dah lunch hour. Misi keempat gagal. Perjalanan diteruskan ke ATM sebab nk cucuk duit. Lepas cucuk duit, patah balik ke library. OK. Sangat penat. Time to rest. Duduk luar library, rasakan nikmat aircond. Iman di dada dah kena goda dengan aircond. Rasa macam nak tido dalam library. Masuk. Letak bag. Lalu counter ncik guard.


"Dik.. tak boleh masuk pakai seluar track" Ncik Guard


Misi nak tido gagal OK. Baru tau peraturan tu.!@#$%^&* (monolog dalaman khas utk Ncik Guard).

Pukul 3. Kelas stress management. Memang tenang kelas ni. Kerana ketenangan yg nyata, aku pon dgn tenangnya menidurkan diri. Buka mata, tengok slide Prof Yusof tulis "any Q?". Dah last slide kot. Keluar dari bilik tutor. Kami ada misi..!!!


Waktu petang yg damai diteruskan ke bilik Dr Mat. Minta sign beliau. Misi kelima selesai. Pergi bilik Ncik Azuar, beliau tak ada. Misi keenam tak berjaya. Pergi bilik Dr Maliki, minta sign beliau. Misi ketujuh selesai. Pergi bilik Prof Isa, beliau ada kat luar bilik, nak pergi meeting. Berjaya menahan beliau dan beliau berjaya menandatangini borang pelepasan kuliah. Akhirnya, misi mendapatkan sign dr lecturer utk ponteng kuliah selama seminggu berjaya.

Kepenatan yg melampau.......



No comments:

Post a Comment