Thursday, July 15, 2010

keBUZYan

Ok. Belum apa2 dah ok. Takde motif betul..!!!

Memang sangat buzy. Sebab tu eLyn panggil aku 'si buzybody'. Ok. Takde kaitan. Tapi memang buzy sangat2 la sekarang ni. Sporty day, convex, & healtex. Tiap2 malam ada meeting. Disertakan dengan unit sem ni yg maksimum. 20 UNIT..!!!! Dah terbayang kestressan utk sem ni. Baru first week, assignment dah berlumba-lumba masuk dalam list. Mengharapkan subjek stress management yg Prof Isa ajar akan membantu. Bahaha..... Jadual makin pack bila pemilihan badminton SUKAD buat sem ni gak. Keadaan bertambah kacau-bilau bila jawatan ketua aras masih belum dilepaskan. Macam biasa, kerja ketuk-mengetuk pintu bilik masih kena buat lg. Hurm.... Mengharapkan yg sem ni akan habis cepat

Tapi dalam sibuk2 tu, sempat lg bersuka ria dgn rakan taulan sahabat handai. Kalau ikut kronologi (apakah kronologi???!!!), aktiviti bersuka ria dimulakan dengan tengok final world cup kat Ridel. Konvoi 4 kereta dari USM. Ari selasa pulak ada BBQ utk PPSL. Ermm, daknyer.. Sangat best berkumpul semula dengan PPSL. Walaupun tiap2 hari jumpa dorang kat kampus. Hari ni bershopping sakan sebab ada PC Fair. Sampai kasut utk raya pon aku beli. Tapi bukan la aku beli kat PC fair. Takde kot jual kasut kt PC fair. Ingat nak beli baju raya sekali, tapi terasa macam tak masuk akal idea tu. Duit yg mulanya tak berapa banyak dah jadi sangat kurang.

Mau pergi kem pimpin siswa...!!!!!

No comments:

Post a Comment