Thursday, July 29, 2010

Hari huru-hara

Ok. A few days ago. Alarm nokia bunyi pukul 6.30pagi Snooze dua kali. Bangun dgn lemah gemalai irama malaysia pukul 6.50. Pergi mandi dgn selamatnya. Lepas siap mandi, misi kejut Put. Amek handset, call beliau

Aku: Woi.. Bangun!!!!
Put: Kelas Puan Vina ada ke??

Aku: Takde ke?? sapa kata??

Put: Hari tu dia cakap. cuba tanya budak2 ni.

Aku: Hampeh la... Nanti aku tanya budak2 ni


Sangat bengang. Terbangun awal. @#$%^&*%^ (maki diri sendiri sebab tak alert). Message semua orang. Semua cakap takde kelas. Ok. Sambung tidur.


Hari ni dengan semangatnya pakai sport attire sebab ada praktikal sport fisiologi. Bila sampai dewan kuliah, tengok semua budak sport science pakai baju biasa. Ok. Takpe. Aku berjaya menunjukkan kelainan (T_T). Tanya semua orang, assignment reflection kena bagi kat siapa. Tapi diorang cakap due date hari kamis. So, semua tak hantar lagi. !@#$%^&*#$%^ (maki diri sendiri utk kali ke 2 sebab tak alert tk kali ke 2 ). Kelas health society berjalan lancar sebab Dr Rohani yg ajar. Abis kelas awal pulak tu. Ngeee.....


Hari huru hara diteruskan ke kafe Harmoni. Makan sambil borak sampai tak perasan dah pukul 11.07. Takpe. Hari ni praktikal je. Dr Mat pun takde (ambik kesempatan). Teruskan perjalanan ke lab sport science dgn perut yg kenyang. Belajar ambik bloop pressure. Terasa jakun bila Kak Mazra ajar cara guna spegmomanometer. Then, praktikal yg lebih extrem bermula.

"Buat kumpulan. 3 org utk 1 kumpulan. Ambik blood pressure utk rest and exercise. Lari atas treadmill" Ncik Hafezi.

Aku, Put dan Zati. Put pakai jeans, Zati pakai slack & sandal crocs, aku pakai sport attire lengkap. Tapi Zati yg nak buat. Fuhh... Nasib baik. Tak payah aku lari. Ambik blood pressure je. (Apa guna ko pakai sport attire??!!!). Lepas habis, keluar lab dgn penatnya. Sekarang aku confius. Zati yg lari, aku yg penat..

Misi makin mencabar. Pegi bilik Ncik Azuar, bincang tentang sporty day. Misi pertama selesai. Pergi bilik Prof Isa, beliau tak ada. Misi kedua tergendala. Pergi bilik Prof Yusof, hantar assignment. Misi ketiga selesai. Nak pergi pejabat akademik, tapi dah lunch hour. Misi keempat gagal. Perjalanan diteruskan ke ATM sebab nk cucuk duit. Lepas cucuk duit, patah balik ke library. OK. Sangat penat. Time to rest. Duduk luar library, rasakan nikmat aircond. Iman di dada dah kena goda dengan aircond. Rasa macam nak tido dalam library. Masuk. Letak bag. Lalu counter ncik guard.


"Dik.. tak boleh masuk pakai seluar track" Ncik Guard


Misi nak tido gagal OK. Baru tau peraturan tu.!@#$%^&* (monolog dalaman khas utk Ncik Guard).

Pukul 3. Kelas stress management. Memang tenang kelas ni. Kerana ketenangan yg nyata, aku pon dgn tenangnya menidurkan diri. Buka mata, tengok slide Prof Yusof tulis "any Q?". Dah last slide kot. Keluar dari bilik tutor. Kami ada misi..!!!


Waktu petang yg damai diteruskan ke bilik Dr Mat. Minta sign beliau. Misi kelima selesai. Pergi bilik Ncik Azuar, beliau tak ada. Misi keenam tak berjaya. Pergi bilik Dr Maliki, minta sign beliau. Misi ketujuh selesai. Pergi bilik Prof Isa, beliau ada kat luar bilik, nak pergi meeting. Berjaya menahan beliau dan beliau berjaya menandatangini borang pelepasan kuliah. Akhirnya, misi mendapatkan sign dr lecturer utk ponteng kuliah selama seminggu berjaya.

Kepenatan yg melampau.......



Saturday, July 24, 2010

Tips Siapkan Assignment

Ok. Normal la kena buat banyak assignment. Tak student la kalau tak dapat assignment. Lagi best bila dapat banyak sekali gus. Dateline semua dekat2 je. Terbaek la...!!! Best sgt sampai stress. Tapi kalau dah sampai tahap nak telan paracetamol 3 papan + nak main lompat2 dari tingkat 5, baik korang amalkan tips ni.

1. Drop subject yg banyak assignment. Sumpah korang mesti tak payah susah2 buat assignment utk subject tu macam kawan2 yg lain. Tapi sedia la utk stay lama kt universiti sebab banyak subject tang tertunggak. Takpe.. nampak sikit yg kita sayang nak tinggalkan U.

2. Stay up sampai tengah malam sebab nak curi2 tengok roomates punya assignment. Make sure roomates dah tido dengan nyenyaknya masa operasi dijalankan. Kalau tak, mungkin korang tak dapat tido dalam bilik untuk jangka masa yg lama.

3. Buat team study group. Buat jadual bertugas siapa yg kena fotostat best student punya assignment. Idea ni terbukti sangat berkesan.

4. Mendalami ilmu komputer dan internet. Boleh godam lecturer punya computer dan website utk cari jawapan. Kalau rezeki baik, korang boleh dapat anugerah dekan setiap sem. Tapi kalau kantoi, mungkin tu hari terakhir korang jumpa lecturer.

5. Jangan rasa malu utk mendampingi pensyarah. Bodek2 sikit. Tolong2 apa yg patut. (Sumpah.. cara kolot habis...!!!)

6. Berani utk cuba sesuatu yg extrem. Tak payah buat assignment tu. Bila org lain hantar, bertenang dan jgn gelabah. At least kena tolak 10% je. Masih ada masa utk study dan score kat final exam.

Ok. Selamat buat assignment


Sunday, July 18, 2010

Hilang dari pandangan


Ok. Malam ni I tak ada meeting. You all jangan jeles. Bahaha... Gile gedik. Motif menggedik di awal entry??!! Saje je :)


Malam ni macam tak buzy sangat. Pandang2 keliling bilik sambil makan coklat Cadbury. Rasanya kerja2 mengemas barang dah tertangguh 2 minggu. Dengan lajunya pergi kat kotak aku dan keluarkan barang2 yg ada dalam tu. Niat nak letak kat tempat yg sepatutnya. Tak la menyemak kat bawah cermin tu.

Keluarkan. Susun kat atas lantai ikut suka . Nyanyi2 menghiburkan hati. Kumpul kotak kecik. Jumpa kotak perfume Love Track. Dah lama tak pakai perfume nie. Buka dan terus menjerit kuat2 tp orang lain tak dengar. "MANA PERFUME AKU???!!!" Ok. Dah tau dah jawapannya. Perfume tu dah HILANG. Kecewa tahap bank kena rompak. Geledah lagi kotak. Dan lagi sekali, menjerit kuat2 tp orang lain tak dengar. Kali ni perasan yg koleksi jam tangan aku pulak tak ada. Letak balik semua barang dalam kotak (tak jadi kemas). Waaa.... Aku sayang kot barang2 yg hilang tu.

Ok. Sila jangan gelabah. Terasa yg perfume + jam tu tercicir kat bilik study masa angkat. Sepantas Usain Bolt lari, aku pergi cari kat bilik study. Thanks God, jumpa semula koleksi jam. Tp perfume memang hilang dari pandangan. Sedih la babe...



-dah tinggal dua je. Adidas & SilkyGirl-



-banyak lagi isi perfume tu. hampeh la...-


-hilang tp jumpa semula-

Thursday, July 15, 2010

keBUZYan

Ok. Belum apa2 dah ok. Takde motif betul..!!!

Memang sangat buzy. Sebab tu eLyn panggil aku 'si buzybody'. Ok. Takde kaitan. Tapi memang buzy sangat2 la sekarang ni. Sporty day, convex, & healtex. Tiap2 malam ada meeting. Disertakan dengan unit sem ni yg maksimum. 20 UNIT..!!!! Dah terbayang kestressan utk sem ni. Baru first week, assignment dah berlumba-lumba masuk dalam list. Mengharapkan subjek stress management yg Prof Isa ajar akan membantu. Bahaha..... Jadual makin pack bila pemilihan badminton SUKAD buat sem ni gak. Keadaan bertambah kacau-bilau bila jawatan ketua aras masih belum dilepaskan. Macam biasa, kerja ketuk-mengetuk pintu bilik masih kena buat lg. Hurm.... Mengharapkan yg sem ni akan habis cepat

Tapi dalam sibuk2 tu, sempat lg bersuka ria dgn rakan taulan sahabat handai. Kalau ikut kronologi (apakah kronologi???!!!), aktiviti bersuka ria dimulakan dengan tengok final world cup kat Ridel. Konvoi 4 kereta dari USM. Ari selasa pulak ada BBQ utk PPSL. Ermm, daknyer.. Sangat best berkumpul semula dengan PPSL. Walaupun tiap2 hari jumpa dorang kat kampus. Hari ni bershopping sakan sebab ada PC Fair. Sampai kasut utk raya pon aku beli. Tapi bukan la aku beli kat PC fair. Takde kot jual kasut kt PC fair. Ingat nak beli baju raya sekali, tapi terasa macam tak masuk akal idea tu. Duit yg mulanya tak berapa banyak dah jadi sangat kurang.

Mau pergi kem pimpin siswa...!!!!!

Friday, July 9, 2010

Dulu, kini dan selamanya

Motto Pembimbing Program Siswa Lestari USM. Satu kumpulan yg menguruskan pelajar baru. Fasi la senang kata. First time join aktiviti ini. Penat yg sangat berbaloi. Tak menyesal join. Alkisah minggu Siswa Lestari USM 2010/2011 mula 3 Julai sampai 8 Julai. Ceritera PPSL pun bermula


-keadaan dalam bilik gerakan-


-keramaian exco KKPLM-

Episod 2: Keriangan PPSL sepanjang minggu siswa lestari


-hari pertama, baju F1-



-hari pendaftaran-


-kami memimpin, we lead-



-Jayaraj dan anak2 buah yg nakal-

Episod 3: penat lelah kami, kami tak kesah..


-kecundang suda...-



-ncik posmen yg berkaliber-



-tukang karut & ncik pinggu-



-timbalan exco KKPLM @ PLKN-


Episod 4: dinner yg kenyang. Sesi berposing


-love this pic very much-



-tunggu VIP-



-abang2 & akak2 PPSL-



-kenangan terindah-



-TNC & pegawai2 USMKK-

PPSL dulu, kini dan selamanya. Kami memimpin demi memastikan kelestarian hari esok