Dunia sekeliling makin celaru. Makin rumit. Semua ada cerita sendiri. Rahsia disimpan makin kedap. Sekali bocor, ke lubang cacing pon tak boleh sembunyi.
Kalau RAHSIA itu macam kertas; aku mahu lipat kecil-kecil, masukkan dalam botol kaca bertutup gabus. Campak dalam laut dan biarkan hanyut. Kalau ada rezeki, baliklah botol ke tangan si pembaling. Kalau tidak, biar rahsia terus pergi. Pergi jauh, tapi tak terhapus. Hilang dari pandangan mata, tapi lekat di hati.
Kalau RAHSIA itu macam dinding kosong; aku mahu lakar benda lain atasnya. Conteng-conteng sampai penuh, dan gantungkan bingkai foto paling besar. Biar terlindung si dinding kosong. Biar tertipu mata yang memandang. Dinding kosong dah terhias cantik. Rahsia dah diselindung, moga-moga tak ada yang terhidu.
Kalau RAHSIA itu macam pesanan ringkas di telefon; lagi mudah. Tekan padam, terus semua hilang. Pastikan tak tertinggal walau satu.
Kerana kalau RAHSIA bocor, boleh bikin gaduh. Atau mungkin boleh berbunuh.
Larilah kau ke ceruk mana, atau ke lubang cacing sekali pon. Pasti akan ada yang mencari. Akan ada yang mengejar. Pasti.
Aku lebih suka kalau-kalau RAHSIA itu mcm Twitter. Senang dan laju saja dia meluncur di susur masa kita. Itu pun kalau kita rajin menuit. Tp kalau dah tuit byk mana sekali pun, kalau dah stalkers tu, sampai tuit yg ke 13, 456 pun dia akan cari. Pasti!
ReplyDeletedear hacker,
Deletekau nak bercerita tentang analogi RAHSIA kau atau kau nak menghanjing aku sebab aku takde twitter?? hahaha....
Rafidah B. (versi malas nak sign-in)