Tuesday, August 30, 2011

Repost: Salam Aidilfitri




Nah... Aku jual pantun raya

Hari ini kita puasa,
Lusa baru kita raya;
Jangan mengada nak ponteng puasa,
Nanti tak dapat duit raya. 

 Fine. Aku tak pandai bikin pantun. Btw, selamat hari raya Aidilfitri.

Shopping Raya & Traffic Jam


Ok. Dua hari lepas aku pergi teman mak aku beli barang nak bikin lauk raya. Pergi tak ada masalah. Jalan tak sesak. Aku sempat lagi anyam ketupat sambil menyanyi riang dalam kereta. Dan masa nak balik, perjalanan yang sepatutnya tak sampai 15 minit, jadi dekat sejam. Motif?

1. Kereta bodoh- Hujung minggu, confirm la parking penuh. Dan bila parking penuh, driver pon sukarela tunggu dalam kereta + tak mati enjin +  block kereta orang lain yang tengah parking. Kenapa kereta bodoh? Sebab driver dalam kereta tu bodoh. Kereta dah la besar, beliau bantai parking sipi jalan. (sipi jalan=Sebelah kereta kat tempat parking tepi jalan, sebelah kereta dalam laluan traffic). Dah nampak kereta kat belakang bersusun tak muat nak jalan, beliau si driver boleh buat muka tak bersalah.

2. Kereta asal boleh- Ni spesies yang suka hati nak parking kat mana, janji boleh shopping. Hari tu ada satu kereta, si penghuninya bantai parking kat corner jalan yang sempit + tempat kereta lalu lalang. Pekerja tempat aku beli barang tu sibuk la dok jerit 'pemilik kenderaan JGM ****, sila alihkan kenderaan anda'. Tapi haram. Tuan punya kereta tak muncul. Lepas almost setengah jam, baru la tuan punya kereta datang. Tu pon lepas mereka habis shopping. Kurang sopan kan?

3. Kereta gelojoh: Jalan tengah sesak sebab ada spesies macam nombor 1, muncul pulak spesies lain yang biadap. Bayangkan, sebijik kancil sesuka hati u-turn dekat jalan yang sempit + sesak teruk, sebab tak nak hadap traffic jam lama-lama. Last-last, beliau bikin jalan makin sesak. Gelojoh.

Di hari lebaran ini, pandulah dengan berhemah. Ingat lah orang tersayang. Jikalau anda sudah tiada siapa-siapa untuk disayangi, sayangilah pemandu lain. SELAMAT HARI RAYA :)

Friday, August 19, 2011

Penyakit


Ok. Kata Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah:

"Penyakit kepada cantik adalah sombong 

Penyakit kepada berani adalah keterlaluan

Penyakit kepada malu adalah lemah

Penyakit kepada cakap adalah bohong

Penyakit kepada ilmu adalah lupa

Penyakit kepada bangsawan adalah bangga diri

Penyakit kepada kaya adalah kedekut

Penyakit kepada agama adalah nafsu

Penyakit kepada ibadah adalah riak"


Meniti malam-malam terakhir di bulan Ramadhan

Wednesday, August 10, 2011

Sometimes, Less is More


OK. Tak semua less adalah less

wireLess






  
 Big Sale 
kau mesti cari barang yg less sampai 70%


Last but not least, 
LESS THAN THREE
less than three: LOVE
terpengaruh Nigahiga

Wednesday, August 3, 2011

WW#2- Monyetkah Mereka?

'tendangan lipat serentak' (ayat Berita Harian) 
Tang mana monyetnya???