Tuesday, June 7, 2011

Kuasa perkataan Urgent


Rabu, 1 Jun 2011
ME: kak, nak buat report. Wireless kat rumah saya tak boleh connect internet
AKAK MANIS: ok, bagi streamyx ID.

So, aku pon start gayut dengan akak operator suara sedap tu. Lepas ubah nama wireless, tukar TCP/IP, config moden bagai, wireless still tak boleh guna. Lepas 2 jam aku dan akak suara sedap tu bertungkus lumus, masih tak boleh connect internet.  Akak suara manis janji technician akan betulkan secepat mungkin.

Khamis, 2 Jun
Akak aku call operator, bagi tau internet yang still tak boleh guna. Inchi operator kata cable kat tempat aku rosak. Banyak rumah yang internet tak boleh guna. Tapi dia janji akan hantar technician datang umah malam tu jugak. Aku dah mula kagum dgn pekerja TM. Malam-malam pon sudi datang betulkan internat.

 

Jumaat, 3 Jun:
Mana technician? Mana?

Call lagi. Kali ni abang operator kata, sepatutnya internet dah boleh guna. Tapi masalahnya, still tak boleh guna. Kali ni, bukak report baru. . Inchi operator pesan, ‘esok kalau tak boleh guna jugak, call lagi dan bagi tau. Terus call tau. Jangan tunggu’

Sabtu, 4 Jun
Internet masih terbarai. Aku call lagi. Kali ni akak operator plak jawap. Dia kata, tak dapat betulkan cable tu hari ni. Banyak sgt yang rosak.

Isnin, 6 Jun
Dapat SMS dari TM yang internet dah boleh guna. Aku on modem. Haram.. masih terbarai. Untuk kali ke 5, aku call lagi 100.

Ayat dia sama dengan ayat abang operator hari Jumaat, ‘sepatutnya dah boleh guna ni dik. Cable semua dah ok’ . Sepatutnya. Aku dah mula rasa annoying nak gila dengan perkataan sepatutnya.

Memang cable dah betul. Aku yakin yg cable dah betul. Tabik spring la gak dekat brader2 technician. Sebab abang sedara aku cakap diorang masih ada lagi dekat tempat cable tu berkampung (aku x tau apa nama benda alah tu) even masa cuti umum. So, aku yakin yang setting wireless aku yang lari. Sebab dah berapa kali config moden.

modem d-link

Selasa, 7 Jun
Sabar manusia ada had. Kali ni aku call, paksa suruh technician datang rumah. Pesanan terakhir aku pada akak operator, saya urgent nak guna internet.


15 minit kemudian
Akhirnya, selepas 7 hari + 6 panggilan + 3 report, internet boleh guna. Akak operator yang baik hati call & selesaikan masalah setting wireless aku. Berbekalkan ayat ‘saya urgent nak guna internet,’. 15 minit masalah selesai. 



Ps: Lain kali cakap awal-awal yang password streamyx aku salah. Tak payah la tunggu sampai 7 hari =.=!! so sekarang sapa yang salah ni??!! 

No comments:

Post a Comment