Monday, February 25, 2013

Kita Sudah Tiada Masa



Tik tok tik tok
Sudah hampir ke tarikh pembentangan projek tahun akhir. Tapi data masih tak dikumpul. Ini kan pula analisa. Apa kau tak mahu bergraduasi?

Tik tok tik tok
Sudah masuk 8 semester jadi pelajar Sains Senaman dan Sukan. Tapi banyak lagi ilmu yang tak terkejar. Culas. Belajar untuk periksa alasannya. Apa mahu jadi?

Tik tok tik tok
Sudah 4 tahun mengaji di USM Kampus Kesihatan. Tapi perancangan masa depan masih tak tentu. Belajar atau kerja?

Tik tok tik tok
Sudah 22 tahun Tuhan beri nafas. Tapi kadang-kadang tetap juga tak mahu bersyukur. Sibuk mengejar duniawi, sampai lupa akhirat yang kekal. Sudah sedia kalau Tuhan cabut nyawa kejap lagi?

Tik tok tik tok
Kita sudah tiada masa.

No comments:

Post a Comment