Monday, August 6, 2012

Pelajaran Baru




Terkadang kita selalu fikir kita sudah sedia untuk bikin sesuatu. Sudah bersedia untuk menghadapi sesuatu. Ilmunya cukup, tenaganya cukup, peralatannya cukup. Semua sudah sedia. Tinggal tunggu masa untuk jalankan tanggungjawab. 

Tapi bila sampai masanya; itu tak kena, ini tak kena. Semua yang kononnya cukup –ilmu, tenaga, peralatan- semua serba tak membantu. Serba tak menjadi. Tunggang terbalik rancangan asal. 

Mungkin kita terlebih yakin. Atau mungkin juga kita terlalu pandang enteng pada satu-satu perkara. 

Lewat belakang ini, aku belajar banyak benda. 

Kalau kita mahu berjaya, kita tak boleh culas. Pergi kepada yang paling teliti. Ringankan mulut untuk bertanya. Berani untuk ditanya. Persetankan introvert! Paling penting, belajar dari kesilapan. 

Lagi satu perihal ilmu. 

Ilmu teoritikal dan ilmu praktikal jauh bezanya. Aku yakin pada pengalaman. Dari pengalaman, kita akan dapat ilmu. Tapi dari ilmu saja, mana mungkin datang pengalaman. Confucious pernah kata ‘I hear and I forget. I see and I remember. I do and I understand’.  Tak guna kalau kita simpan nota kuliah berkotak-kotak banyaknya kalau kandungan nota itu cuma kita ingat bila peperiksaan. Diluahkan secara teoritikal, tak berapa lengkap aku kira. Tapi kalau dilakukan secara praktikal, mungkin lebih baik. 

Itu yang aku cuba belajar sekarang. Sebab aku orangnya cetek pengalaman. 

No comments:

Post a Comment