Friday, January 6, 2012

Jangan

Jangan diturut kata hati,
kelak nanti memakan diri.

Jangan dilacur jati diri,
kelak nanti kau yang rugi. 

Jangan dibiar ego meninggi,
kelak musnah segala peribadi. 

Jangan dirosak budi pekerti,
kelak dicemuh sahabat sejati. 

Jangan diikut telunjuk tak pasti,
kelak sesat tak kembali.

Jangan digadai maruah universiti,
kelak mati anak bangsa sendiri. 

Jangan dipesong minda sang muda-mudi,
kelak hilang bermata berseri.


Rafidah B.


No comments:

Post a Comment