Monday, January 30, 2012

Karya Hebat



 




Allahyarham Yasmin Ahmad (YA) sangat jujur dalam berkarya. Mungkin kerna jujurnya itu, bikin aku rasa dia ini lagenda. Aku suka skrip/dialog dalam karya arwah. Santai, ringan, mudah faham. 

Mungkin ada terselit isu sensitif dalam karya arwah. Tapi kalau nak dibangding dengan karya sekarang, aku rasa karya sekarang pon tak kurang hebat isu sensitif + isu kontroversinya.
 
Satu ayat yang dipetik dari salah satu blog yang aku baca, dan aku sangat setuju:

"bahasa filem arwah sangat telus. Apa yang digambarkan, itulah realiti masyarakat kita."

I try my hard to get this book. I hope I can get it as soon as possible.

Saturday, January 28, 2012

Hol-i-Day


22nd-23rd.January.2012.
With my big family, except Along. 
She and her family went to Pangkor Island, with her family in law.








 




Friday, January 13, 2012

Hope & Effort

Muzik Latar: Avalanche (Wani Ardy)

Kita sibuk pasang angan-angan; nak kerja hebat, nak gaji banyak, rumah besar, keluarga bahagia. Tapi kadang-kadang kita lupa, usaha kita tak seberapa kalau nak banding dengan angan-angan. Kita selalu pilih untuk jadi Mat Jenin. Kita lupa pesan orang lama; yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Kalau cakap bab usaha, sibuk dicanang aku dah penat buat tu buat ni, tapi tak dapat apa-apa. Kita salahkan pula Sang Pencipta. Tapi kadang-kadang kita lupa, Tuhan itu pengatur segala. Kalau bukan sekarang, lambat-lambat dia akan bagi juga. Mungkin belum tiba masa. Atau mungkin ada cela yang kita buat, tapi kita sendiri tak nampak.

Tuhan dah tetapkan semuanya tentang kita. Mana hala tuju kita, dijodohkan dengan siapa,  bila matinya. Semua dah ditetapkan. Siapa kita untuk menidakkan...

Wednesday, January 11, 2012

WW#7- High Top



Adidas tetap di hati

Friday, January 6, 2012

Jangan

Jangan diturut kata hati,
kelak nanti memakan diri.

Jangan dilacur jati diri,
kelak nanti kau yang rugi. 

Jangan dibiar ego meninggi,
kelak musnah segala peribadi. 

Jangan dirosak budi pekerti,
kelak dicemuh sahabat sejati. 

Jangan diikut telunjuk tak pasti,
kelak sesat tak kembali.

Jangan digadai maruah universiti,
kelak mati anak bangsa sendiri. 

Jangan dipesong minda sang muda-mudi,
kelak hilang bermata berseri.


Rafidah B.