Monday, December 31, 2012
Dua Ribu Dua Belas (2)
Hari ke tiga puluh satu, purnama ke dua belas.
Entri terakhir.
Buka tirai baru.
Moga-moga dua ribu tiga belas lebih elok dari dua ribu dua belas.
Sunday, December 30, 2012
Dua Ribu Dua Belas
Indah sepanjang dua ribu dua belas..
Mei
Farewell dinner
Mei
Jiwa-jiwa prihatin Malam Medan Puisi
Julai-Ogos
Latihan industri, Institut Sukan Negara
September
Kem Pimpin Siswa
November
Puncak Gunung Ledang
November
Puncak Gunung Datuk
Disember
Elyn melangkah maju ke depan
Disember
BukuJalananKotaBharu
*Nizam Bakeri in da house yaww*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Malas nak komen. Ini tak berapa indah, tapi parah!
Wednesday, November 14, 2012
Sunday, November 4, 2012
Balas Budi
Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tham min bil khairi
Dalam waktu susah sekarang ni, aku cuma berpegang pada prinsip paling asas:
--buat baik dibalas baik.
Selagi mana aku boleh tolong, aku tolong.
Sebab kalian sudah bikin benda yang serupa.
Selagi aku mampu kerah keringat untuk kalian, aku kerah.
Aku cuma mahu balas budi.
Sebab aku orangnya cengeng! Aku orangnya gembeng!
Kalian sudah bantu aku lawan cengeng aku. Lawan gembeng aku.
Terima kasih pada semua yang sudi bantu.
Yang sudi tadah telinga dengar keluh aku.
Yang sudi memberi ide.
Betapa aku berhutang budi pada kalian.
Kalau mahu aku tulis nama kalian satu-satu, bagi tahu saja. Aku akan tulis.
Mohon juga agar kalian ingatkan aku
--supaya jangan cepat lupa diri.
--supaya aku tak lupa tujuan asal kejadian aku.
******
Peraturan yang manusia reka, kadang-kadang memang celaka.
--Terlalu berprotokol.
Konon mahu bikin semua benda mudah. Kejadah!.
Kadang-kadang.
Sunday, October 14, 2012
kamera
Saya tiada instragram. Saya cuma ada camera + adobe photoshop
Photoshop; tempat mengadu bila stress
Wednesday, September 19, 2012
Penat!
Badan penat
Kepala berat
Sakit belikat
Perah keringat
Nafas tersekat
Mata macam nak terpejam rapat
Jalan mahu bertongkat
Persis orang cacat
Hari-hari jadual padat.
Aku perlu rehat
Bukan mahu mengelat
Tapi aku dah tak larat!
Saturday, August 25, 2012
I Won't Give Up
I don't wanna be someone who walks away so easily. I'm here to stay and make the difference that i can make.
I WON'T GIVE UP. I WON'T!
Monday, August 6, 2012
Pelajaran Baru
Terkadang kita selalu fikir kita sudah sedia untuk bikin sesuatu. Sudah bersedia untuk menghadapi sesuatu. Ilmunya cukup, tenaganya cukup, peralatannya cukup. Semua sudah sedia. Tinggal tunggu masa untuk jalankan tanggungjawab.
Tapi bila sampai masanya; itu tak kena, ini tak kena. Semua yang kononnya cukup –ilmu, tenaga, peralatan- semua serba tak membantu. Serba tak menjadi. Tunggang terbalik rancangan asal.
Mungkin kita terlebih yakin. Atau mungkin juga kita terlalu pandang enteng pada satu-satu perkara.
Lewat belakang ini, aku belajar banyak benda.
Kalau kita mahu berjaya, kita tak boleh culas. Pergi kepada yang paling teliti. Ringankan mulut untuk bertanya. Berani untuk ditanya. Persetankan introvert! Paling penting, belajar dari kesilapan.
Lagi satu perihal ilmu.
Ilmu teoritikal dan ilmu praktikal jauh bezanya. Aku yakin pada pengalaman. Dari pengalaman, kita akan dapat ilmu. Tapi dari ilmu saja, mana mungkin datang pengalaman. Confucious pernah kata ‘I hear and I forget. I see and I remember. I do and I understand’. Tak guna kalau kita simpan nota kuliah berkotak-kotak banyaknya kalau kandungan nota itu cuma kita ingat bila peperiksaan. Diluahkan secara teoritikal, tak berapa lengkap aku kira. Tapi kalau dilakukan secara praktikal, mungkin lebih baik.
Itu yang aku cuba belajar sekarang. Sebab aku orangnya cetek pengalaman.
Sunday, July 29, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)