Wednesday, December 18, 2013
Kedekut
Kalau aku diberi pilihan
Aku lagi rela kau mati
Dari terpaksa berkongsi kau dengan orang lain
Aku tak nak kongsi
Aku kedekut.
Wednesday, December 4, 2013
Tuesday, October 15, 2013
Korban
Hari ini;
masih bertatih cari hala tuju
masih bertatih cari hidup
masih bertatih cari redha
Zulhijjah yang kesepuluh
masih bertatih cari hala tuju
masih bertatih cari hidup
masih bertatih cari redha
Zulhijjah yang kesepuluh
Saturday, September 28, 2013
Graduation
22nd September 2013
Dewan Tunku Syed Putra,
Universiti Sains Malaysia
Bachelor of Health Sciences (Exercise and Sports Science)
Dewan Tunku Syed Putra,
Universiti Sains Malaysia
Bachelor of Health Sciences (Exercise and Sports Science)
Wednesday, August 21, 2013
Wednesday, July 10, 2013
Akur Janji
Just go with the flow
No more turning back
Be strong
BE STRONG!
Terus maju
Perbaiki mana perlu
Kawal diri
Semoga kuat
Semoga Allah redha
1 Ramadhan 1423H
Happy Ramadan!
Friday, July 5, 2013
Monday, July 1, 2013
Semoga
1.
Semoga nanti apabila kita jatuh tersungkur tak mampu bangun, akan ada tangan yang membantu sambil bilang 'bangun manusia. Ini bukan penghujung semua. Terus maju, kerna depan sana ada apa yang kau mahu.'
2.
Semoga nanti apabila kita sudah hidup senang dan ada segalanya, akan ada hamba Allah yang sudi datang mengingatkan dan bilang 'hei orang muda, jangan angguh. Jangan terus bodoh. Dulu kau hodoh. Jangan lupa pandang bawah, kerna dulu kau duduknya di situ. Beringat.'
3.
Semoga nanti apabila hati kita bobrok kecewa dek cinta, akan ada yang beri nasihat dan bilang 'jaga hati kita. Kalau semuanya sudah diberi pada sang arjuna/dewi, Dia yang Maha Pengasih tu nak letak mana. Yang di atas sana cintanya sejati. Selagi mana kau setia dekat dengan Dia, cinta Dia takkan hilang'
4.
Semoga nanti apabila kita sedih meratap kematian, akan ada manusia yang pegang bahu kita dan bilang 'tabah wahai anak muda. Arwah sudah tahu nasib dia. Kita yang masih ada, teruskan amal. Moga-moga boleh ketemu dengan arwah di sorga'
5.
Semoga nanti apabila kita sudah pergi mengadap Ilahi, akan ada yang sudi sedekahkan doa dan bilang 'wahai Tuhan, mohon diampun dosa arwah, jauhi dia dari siksa-Mu dan tempatkan dia dalam kalangan manusia yang beriman. '
Monday, June 24, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)