Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Segmen: Weh! Itew Punyew Ayat Aleng Jijik Oteh

Oteh. Itew dah lamew tax update blOg itew niew. Biace la u'Olls.. Itew adew exam la u'Olls. Buzy study taw. Ti law itew tax lulus, max itew tax nax bagiew itew duet belanje. So, ashane itew nax beli handbag Gucca nan make-up MaybellOn yang itew engOk tat TESCO arie tuew...

Mace itew blOgwalking tadie kans, itew jumpew shatue segmen niew. Itew shuke gilOws tat segmen cam niew. Itew memang terrOw cangad taw wat entri asha niew. Abang FamOus shuruh itew wat entri yang penOwh nan ayat jijixs. No hal la, Ncik Encem :)



Ayat itew simplew jew taw. Bacew nan penOwh perasaan taw u'Olls

"Tadie itew gie jalan nan balaqs itew. Pastue adew la cOwg awexs mukew jijixs niew kenyit matew tat balaxs itew. Itew pown pe lagie, ngamOx la tat balaqs itew niew. GadOwh besaaa nan balaqs itew. Gewram gilOws taw. Bilew dah tax tahan cangad tue kans, itew pOwn mintax clash nan balaqs itew tue. So cekarawng itew syedih cangad2. Itew cayang gilOws tat balaqs itew tue. Awax... Itew mintax maap k. I'm corryy "


Napew itew rasew cam nax muntah ekk?? Euuwwww... geliew jew cakap sal muntah. Kotowr la awax niew.


Notajijik: Ini the first and the last aku buat entri eja macam ni. Sumpah jijik..!!!

Sunday, December 26, 2010

500 Blog..!!



Ok. Ni segmen Ncik BA. Sebelum ni Ncik BA ada buat treasure hunt kat alam maya ni. Dan ia sangat mencabar. Dari 50 blog, naik ke 200 dan sekarang wow.. 500 blog!!! Jom kita ramai-ramai pakat join

Serba sedikit mengenai diri dan tujuan menjadi blogger:

Anak jati Johor yang tengah belajar kat Kubang Kerian. Masih belasan tahun, tapi akan hilang title 'belasan tahun' tu tahun depan. Suka menulis. Memori handphone selalunya penuh dengan draft mesej tentang ayat2 best yang didengar. Perosak gambar, sebab saya bukan fotogenik

Belum sampai setahun lagi jadi blogger. Tujuan utama menjerumuskan diri dalam dunia blogging ni sebab nak share cerita dengan orang lain. This blog is my high-tech diary. Saya baca cerita awak, awak baca cerita saya dan kita akan tau banyak cerita.


Friday, December 17, 2010

Segmen: Dulu Aku Nakal



Ok. Entri ke 100. Segmen Ncik BA kali pasal ceritera masa zaman sekolah. Entri malam pon pasal sekolah gak. Kira ni kesinambungan entry semalam la. Segmen ni paling semangat nak join. Sebab memang suka bagi tau orang lain pasal zaman jadi budak sekolah. Amanah Ncik BA kali ni...

Nama sekolah rendah dan menengah

1.Sekolah Kebangsaan Dato' Ismail Saadon (1998- 2002)

2.Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar (2003-2007)


Aktiviti ko-kurikulum yang diceburi
Memang tak minat nak join kawad-kawad ni. Dari darjah 6 lagi dah start masuk persatuan Silat Gayong. Sampai la tingkatan 5. Masa tingkatan 5, dapat jadi wakil negeri Johor pergi peringkat kebangsaan

Jawatan yang pernah disandang
Part ni yang malu nak bagi tau ni. Dulu masa sekolah menengah dapat jadi penolong ketua pengawas. Tak tau la macam mana boleh dapat jawatan tu. Kalau bagi tau kat kawan2 matrik ngan kampus yang dulu pernah jadi penolong ketua pengawas, suma tak nak caya =.=!

Nama guru kesayangan
Cikgu Zamdilaila. Sampai sekarang rapat dengan dia

Subjek paling disukai dan dibenci
1.Paling suka, pendidikan jasmani. Time ni la kan nak keluar kelas. Kalau la PJK ni ada dalam SPM, confirm A1 masa tu.
2.Subjek paling tak suka. Jap2.. Pembetulan. Bukan tak suka, cuma tak pandai sangat kalau bab nombor-nombor ni. Bila dah tak pandai, jadinya tension la belajar matematik dengan add math

Kawan baik masa sekolah
Elynn ngan Ecah. Sampai sekarang kami selalu dating sama2. Tapi diorang tak berapa nak baik sangat. Diorang pon nakal :)

Cita-cita masa sekolah
Nak jadi angkasawan. Nak jadi perempuan pertama sampai bulan. Tapi cita-cita tu tinggal harapan je

Artis feveret masa sekolah
VE dengan Ahli FIkir. Sampai sekarang minat

Perkara paling tak lupa masa sekolah
Dapat naik podium. Best kot tiap kali dapat naik podium. Lagi-lagi kalau ada kejohanan olahraga sekolah. Memang riak la time tu. Walaupun dapat naik tak sampai pon 5 kali sepanjang jadi budak sekolah..

Jika dapat kembali ke zaman sekolah, apa yang nak dilakukan
1. Nak jadi murid pertama yang tak akan pernah langgar peraturan sekolah. Ada ke murid macam ni???
2. Nak makan kat kantin sekolah menengah tu puas-puas. Makanan dia sedap

Ceritera kenakalan masa sekolah
1. Masa kat sekolah, pernah makan durian. Durian je. Ada kawan bawak, masuk dalam bekas. Lagi best, makan dalam kelas, time ustazah tengah mengajar. Kena marah gak la. tapi nak buat macam mana. kami dah makan. bau pon dah merebak. Tak kan nak tangkap semula bau durian tu masuk bekas :)

2. Dulu tak suka datang sekolah awal-awal. Sejak hari first tingkatan 3, memang hari-hari datang lambat. Sengaja. Selagi loceng tak bunyi, selagi tu la takkan nampak batang hidung Rafidah Bakri kat sekolah. Sebab kalau datang awal-awal, kemungkinan nak mengumpat dengan kawan-kawan tu tinggi. Lagi baik dengar info ringkas Era. Dapat gak ilmu. Tapi misi ni terbantut masa hari pertama tingkatan 5. Seorang penolong ketua pengawas jadi murid paling lambat datang sekolah. Ala.. baru hari first. Bukannya dah start belajar, monolog dalam hati. Sampai je tapak perhimpunan, terus kena panggil dengan cikgu disiplin. Saya tak suka beliau. Harap maklum. Lagi best, dapat habuan dari pengetua. Memang kaw2 punya habuan. Terima kasih cikgu. Sejak tu, memang dah tak boleh datang lambat. Esoknya, cikgu disiplin tu tunggu kat pintu pagar, nak tengok aku datang pukul berapa. Saya datang pukul 7 pagi, wahai cikgu. Hari masih gelap lagi masa tu. Ya . 7 pagi...




pengganas pengawas dan cikgu-cikgu disiplin

Wednesday, December 8, 2010

Bloglist 2011... Selamat Datang Tahun Baru



Harap-harap dapat masuk dalam list parlimen Ncik Ben
:)

Wednesday, December 1, 2010

Segmen: Aku blogger! So what???



Ok. Tengok gamba je dah tau kan entri pasal apa. Bertemu lagi kita dalam segmen Ncik BA. Kali ni tajuk dia sangat layan, 'Aku blogger! So what??'. Segmen ni serius sikit. Tak sah la kan kalau segmen Ncik Ba tanpa amanah. Tak mau cakap banyak. Jom tunaikan amanah beliau..


Latar belakang blogger:

Masih belasan tahun lagi. Bak kata kawan2, budak tak cukup umur. Sekarang belajar kat USM Kubang Kerian, ijazah Sains Senaman dan Sukan. Baru second year. Dulu masa sekolah rendah kalau cikgu tanya apa cita2, selalu jawap nak jadi angkasawan. Nanti boleh pergi matahari =.=! Tapi sekarang cita2 tu kena campak tepi, sebab amik course yg tak ada kena mengena dengan astronout. Anak jati Johor and i'm proud to be Johorean. Dalam entri sebelum ni pon ada terang sikit2 pasal latar belakang. Kebetulan


Pendapat mengenai dunia blog:

Tempat untuk kita membebel tanpa perlu keluarkan suara dari mulut. Dunia blog tempat untuk cari kawan. Dunia blog ni best, cuma kita kena jaga sensitiviti orang & makhluk lain. Maklum la, rakyat Malaysia ni senang ta-cing. Salah cakap sikit, kang dituduh propaganda Yahudi. Ok. Perli...


Sepanjang anda menjadi blogger, apakah perkara positif/negatif yang pernah anda alami:
Positif, biasa je. Ada la kawan2 yang puji. Paling positif bila dapat follow blog yang best. Tu positif kan?? Info yang blogger2 lain kongsi kadang2 kita tak pernah terfikir. So, berkembang gak la minda. Yang negatif, tak nampak lagi. Tapi ada je orang yang tak suka blog ni. Ada yang kritik. Tapi kritik pon untuk kebaikan kan?? Positif gak tu.

Apakah blog ni hanya untuk mencari nama/glamour??
Glamour?? Masa tiga bulan pertama buat blog, url blog ni tak dikongsi kat mana2 dan sapa2. Cuma seorang roomate je yang tau. Motip?? Sebab malu + tak yakin. Lagi satu, sebab nanti orang tau apa yang kita buat. Memang tak terlintas langsung nak kejar glamour. Sampai la sekarang, lepas siap satu entri mesti aku confius nak publish ke tak. Buat blog ni pon untuk suka2 je. Kongsi apa yang patut. Blog :.AKU DAN MEREKA.: ni macam diari versi high-tech la kiranya.

Banggakah anda menjadi seorang blogger:
Dangan muka konfiden aku jerit,
bangga!! Sebab bukan senang nak jadi blogger. Sabar mesti ada. So, aku bangga jadi blogger.

Dunia blog, alam maya tanpa sempadan.
Dunia blogger, dunia penuh imaginasi tentang realiti

Saturday, November 27, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI


Ok. Kali ni Ncik Ben Ashaari buat segmen REDAH AKU DAN KAU PUNYA. Sebelum ni beliau buat segmen BIDH, Cerita Kreatif ngan Saya Suka Blog Awak La. Dua2 tak dapat join. So kali ni join. Balas dendam sebab selalu tak dapat bukak blog beliau masa kat kampus. Hee... Ni la masa untuk kita terjah entri dari blogger lain yang best2. Ok. Masa untuk tunaikan amanah.

Amanah pertama. 5 entry dalam blog beliau yang paling disukai. Kebanyakannya yang berbentuk tips untuk blogger. Dan dengan bangganya mempersembahkan entri yg telah dipilih:


1. Tiada Orang Nak Baca Entri Ku Inikah??
2. Apa Yang Terkurang Sebenarnya
3. Suai Kenal Blogger... Berminat?
4. Bagaimana Aku Boleh Post Entri Dengan Cepat?
5. Jangan Pandang Hina Saudara Seagama

Amanah kedua. 5 entri dari blog sendiri yang patut dibaca oleh blogger. So, entri2 ni telah terpilih. Mostly yang naikkan trafik blog ini. Aku rasa best, tak tau la pada orang lain. Hee...

1. Aidiladha di Kelantan: Kami Yang Jakun
2. Teknik Menjawap Peperiksaan [part 2]
3. Cerita Budak Universiti
4. Normal Ke Tak??
5. Kebanggaan Pak Polisi Seluruh Dunia


Ok. Tu saja untuk segmen ni. Ucapan untuk semua, selamat menerjah dan meredah. Sama2 kita meriahkan segment ni

Monday, November 8, 2010

Suai Kenal Blogger... Anda Berminat??



Tu dia... Ncik blogger kita, Ben Ashaari.
Beliau la yang telah baik hati buat segment ni. Sesuai la sangat untuk yang baru nak kenal dunia blogging macam aku ni.

Kepada pengunjung blog ni, terimas sebab sudi jengah, singgah, datang melawat, menziarah bagai. Blog ni adalah tempat untuk aku tulis tentang apa yang aku nampak kat sekeliling aku. Isi masa lapang, walau hakikatnya jarang ada masa lapang. Hee... Isi dalam ni tak seberapa.(Apakah??!! jatuhkan saham sendiri??!! @#$%^&*).

Hav a nice day y'all
-Dunia maya tanpa sempadan-