Showing posts with label tentang famly. Show all posts
Showing posts with label tentang famly. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa




Kalau tuhan izin aku rentas masa, aku akan pilih waktu yang satu itu. Waktu ayah masih punya nafas.


Lagu ini untuk ayahanda!

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu





 


 Dia serikandi kami. Dalam bebel dia, dalam marah dia; tetap ada sayangnya pada anak-anak. Selamat hari Ibu

Monday, April 30, 2012

Haruman Tengah Malam



Adik beradik aku semua ada kat rumah. So kami mengalami masalah kekurangan gebo atau selimut. Tapi aku tak pernah terlibat dalam masalah ni, sebab aku ada selimut tetap. Bunga-bunga warna pink, yang memang aku punya sorang. Bukan selimut perkongsian.


Pukul 2.10am, aku landing badan atas katil dengan harapan esok nak bangun awal. Tepuk-tepuk bantal kasi padu, capai selimut, lepas tu peluk anak patung. Nikmat dia macam dapat makan ketupat cicah rendang di pagi Syawal. Tetiba aku cium bau wangi. Aku syak yang aku pernah cium bau tu masa arwah nenek aku meninggal. Dan bau tu datang dari selimut aku. 


Dengan penuh sopan santun, aku kejut mak aku dan tanya, 'apsal selimut ni bau wangi? Bau apa ni?' Mak aku dengan rilek dan tenang jawap, ' Ohh.. bau kapur barus', lepas tu dia pejam mata semula. 


Klimaks kepada permasalahan kekurangan selimut ini adalah apabila aku tidur sambil bertemankan bau kapur barus. Ini baru betul nightmare!

Tuesday, February 7, 2012

Best-day!


Muzik latar: Smile by Elvis Castello

Momen paling hebat adalah bila dapat berkumpul dengan semua adik beradik, ipar-ipar yang ada dan anak-anak kecil, sambil bergurau kasar. 

Makan besar tahun ni tak ada sesi kotor-mengkotori sesama adik beradik macam tahun lepas. Cuma ada sesi basah-basah di kolam kecil. Video tak boleh upload, sebab agak sensored  =.=!

Nasi jagung. Sedap!
 Ayam berlada. Sedapp!!


Pencuk @ jelantah. Sedappp!!!

 Beriani kambing. Sedapppp!!!!

Tembikai. Sedappppp!!!!!

 Pecan butterscotch. Sedappppppp!!!!!!

 
 si comel Shamil

 Abang-abang & abang-abang ipar. Ipar 1 tak ada dalam gambar. Beliau jadi photographer.

 Momen yang paling anak kecil tunggu-tunggu. 


Kami lahir bulan Febuari..!!

Setiap manusia yang berjaya, akar umbinya seorang bonda. Dan bonda aku, adalah serikandi aku. 





APAKAHHH???!!!

6 Febuari 2012, umur telah berganjak ke 21 tahun.

Saturday, January 28, 2012

Hol-i-Day


22nd-23rd.January.2012.
With my big family, except Along. 
She and her family went to Pangkor Island, with her family in law.








 




Saturday, December 10, 2011

Asal Usul

Out of sudden, i miss my grandma's house. Rumah nenek sebelah emak.  Tempat kami sepupu-sepapat berkumpul time raya. Rumah kayu, sederhana besar. Depan rumah ada parit; tempat kami lawan sapa boleh baling batu paling jauh. Tepi rumah ada pokok kuini;  kalau tiba musim, berguni-guni kuini kami kutip.

Last time I went there was during Eid Mubarak. That time, we didn't sleep there. We didn't cook there. I didn't go inside. Rumah tu dah kosong. Dah tak ada siapa-siapa. Sejak Ucu meninggal. 


Sendiri dan sunyi, caption yang abang aku letak untuk gambar ni dekat facebook. Absolutely. Dan dah sangat uzur. Berapa lama lagi rumah ni dapat bertahan, aku pon tak tau. "Kau buatlah apa pon dengan rumah tu. Buat yang terbaik. Bincang adik beradik," Nenek Imun (my grandma's brother) told to my mum. Then she cried. My mum loves the house so much. I know her. She grew up there. 


It remind me; where I come from. KAMPUNG. Dan mengingatkan aku tentang asal-usul aku.

Monday, October 3, 2011

Serikandi



Kalau dia boleh jaga kami 8 orang adik beradik sampai semua jadi manusia, kenapa tak aku. Kalau tuhan izin supaya umur aku panjang, harap aku setia untuk jaga dia sampai habis nyawa. Harap aku boleh buat dia senyum gembira setiap hari. Ini nekad aku, yang aku harap takkan berubah jadi songsang. Harap hati tak berpaling tadah dengan nekad yang satu ini.

Moga Sang Pencipta kabulkan doa yang dia titipkan setiap hari, untuk sampai ke Tanah Suci. Semoga.

Selamat hari lahir, wahai serikandi.
Siti Saniah Binti Hussin.
Emak.

Tuesday, June 7, 2011

Kuasa perkataan Urgent


Rabu, 1 Jun 2011
ME: kak, nak buat report. Wireless kat rumah saya tak boleh connect internet
AKAK MANIS: ok, bagi streamyx ID.

So, aku pon start gayut dengan akak operator suara sedap tu. Lepas ubah nama wireless, tukar TCP/IP, config moden bagai, wireless still tak boleh guna. Lepas 2 jam aku dan akak suara sedap tu bertungkus lumus, masih tak boleh connect internet.  Akak suara manis janji technician akan betulkan secepat mungkin.

Khamis, 2 Jun
Akak aku call operator, bagi tau internet yang still tak boleh guna. Inchi operator kata cable kat tempat aku rosak. Banyak rumah yang internet tak boleh guna. Tapi dia janji akan hantar technician datang umah malam tu jugak. Aku dah mula kagum dgn pekerja TM. Malam-malam pon sudi datang betulkan internat.

 

Jumaat, 3 Jun:
Mana technician? Mana?

Call lagi. Kali ni abang operator kata, sepatutnya internet dah boleh guna. Tapi masalahnya, still tak boleh guna. Kali ni, bukak report baru. . Inchi operator pesan, ‘esok kalau tak boleh guna jugak, call lagi dan bagi tau. Terus call tau. Jangan tunggu’

Sabtu, 4 Jun
Internet masih terbarai. Aku call lagi. Kali ni akak operator plak jawap. Dia kata, tak dapat betulkan cable tu hari ni. Banyak sgt yang rosak.

Isnin, 6 Jun
Dapat SMS dari TM yang internet dah boleh guna. Aku on modem. Haram.. masih terbarai. Untuk kali ke 5, aku call lagi 100.

Ayat dia sama dengan ayat abang operator hari Jumaat, ‘sepatutnya dah boleh guna ni dik. Cable semua dah ok’ . Sepatutnya. Aku dah mula rasa annoying nak gila dengan perkataan sepatutnya.

Memang cable dah betul. Aku yakin yg cable dah betul. Tabik spring la gak dekat brader2 technician. Sebab abang sedara aku cakap diorang masih ada lagi dekat tempat cable tu berkampung (aku x tau apa nama benda alah tu) even masa cuti umum. So, aku yakin yang setting wireless aku yang lari. Sebab dah berapa kali config moden.

modem d-link

Selasa, 7 Jun
Sabar manusia ada had. Kali ni aku call, paksa suruh technician datang rumah. Pesanan terakhir aku pada akak operator, saya urgent nak guna internet.


15 minit kemudian
Akhirnya, selepas 7 hari + 6 panggilan + 3 report, internet boleh guna. Akak operator yang baik hati call & selesaikan masalah setting wireless aku. Berbekalkan ayat ‘saya urgent nak guna internet,’. 15 minit masalah selesai. 



Ps: Lain kali cakap awal-awal yang password streamyx aku salah. Tak payah la tunggu sampai 7 hari =.=!! so sekarang sapa yang salah ni??!! 

Thursday, May 19, 2011

Hujan dan Kenangan Dulu-dulu

Ok. Sekarang, tiap-tiap hari hujan dekat kampung halaman.Siap ada pakej guruh dentam-dentum dengan kilat sambung-menyambung. Misi tidur di petang hari jadi makin seronok.

Habit aku bila hujan. Masuk bilik, tengok luar tingkap sambil memendam rasa. Nak kelua, takut. Tapi kalau tak keluar rugi la plak. Dulu kalau kecik-kecik, tak payah pikir dua tiga kali. Terus je lari g destinasi tu. Dah puas baru masuk rumah. Kalau nasib baik, dapat la maki dari mak ayah. 

time hujan lebat petang semalam

Ni la destinasi yang dimaksudkan. Air terjun buatan manusia. Air yang jatuh dari salur atap (salur atap ke?? ke cucur atap?? tah la...). Syok gila kalau dapat main hujan bawah ni. Laju gila air dia. Yang pasti, lebih laju dari yamaha JBE ayah aku. 

Dulu ada tempayan untuk tadah air tu. Tapi tempayan tu dah pecah. Kalau SAJ gedik-gedik tetiba announce tak ada air, terpaksa la guna air yg ditadah tu. Dapat plak guna time mandi pagi sebelum pergi sekolah. Ambik kau... Beku. 

Damn syok main hujan kat bawah salur ni. Kalau orang lain tanya, ada apa yang special kat rumah awak. Dengan yakin aku jawap, ada air terjun bermusim. Sebab time hujan je air terjun ni ada :)


NotaHujan: Al-fatihah buat admin blog telurdibasuh Semoga rohnya dicucuri rahmat

Thursday, April 28, 2011

Kudrat Si Ibu

Ok. Ni petang tadi punya cerita. Masa tengah mengadap laptop buruk ni, tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Kalau bukan Put, mesti Rab. Yakin.. Tapi suara orang yang ketukpintu tu lunak merdu. Bukak. Rupanya makcik jual nasi.

'nasi dik??'
aku jawap, 'takpe la makcik. Saya dah makan :)'
'terima kasih, dik'

Aku cakap aku dah makan. Tipu. Aku tak makan lagi sebenarnya. Dah apahal tak beli nasi tadi?? Sebab aku tak sampai hati nak cakap yang aku nak keluar makan kat luar. Haruslah makcik tu sedih kalau aku cakap 'takpe la makcik.. saya nak makan kat luar'. Bukan tak nak beli, cuma dah janji dengan sahabat handai nak makan sama-sama.


*************

Makcik tu memang selalu datang jual nasi. Selalunya hujung minggu. Sambil bawak anak. Dapat bayang tak, dia punya usaha. Siap bawak anak. Ketuk dari bilik ke bilik. Cakap skrip yang sama kat setiap bilik, 'dik, beli nasi dik?'. Penat kot. Satu blok ada 3 aras. Satu aras ada 60 bilik. tak cramp mulut nak ulang dialog yang sama tu. Tenaga jangan cakap. Confirm la penat. Tu belum lagi kalau ada yang marah, sebab kacau masa hujung minggu dorang.


Pointnya, usaha makcik tu. Demi keluarga, sanggup turun naik tangga ketuk pintu dari bilik ke bilik. Aku kagum

**************


Point aku kat entri ni... Aku rindu kat mak aku. Dah dekat 3 bulan tak balik rumah. Tak ada cuti.
Dah tau rindu, balik la rumah. Tak kan nak jadi Si Tanggang..!!!
Cakap pakai keyboard memang senang. Bagi la RM108, buat tambang pergi balik Kelantan-Johor.

Monday, February 7, 2011

Hadiah Hari Lahir


Ok. Ini hari jumaat lepas. Dan ini hadiah hari jadi yang diterima.



dan bagaimana ia bermula



ini tradisi keluarga kami :)
ini entry sebelum balik Kelantan

Sunday, February 6, 2011

Selangkah Ke Alam Barzakh

Selamat hari ahad~!
Selamat tahun baru cina~!
Selamat habis cuti~!
Dan 20 tahun yang lepas,
tuan punya blog ini telah selamat dilahirkan ke dunia


Ok. Penulisan kali ni bernada serius. Motip?? Hari ini, telah hilang title belasan tahun dan telah melangkah ke satu zaman/era yang baru iaitu zaman 20-an. Dan dalam masa 20 tahun, apa yang telah dicapai?? Jom kita terjah..!!!

Sebenarnya, tak banyak yang boleh dibanggakan sepanjang 20 tahun yang lepas. Masih banyak yang perlu dikejar. Dan banyak juga yang tercicir masa mengejar benda lain. Norma hidup. Kalau dibuat timbang tara, mungkin yang kecewa sama banyak dengan yang berjaya sepanjang 20 tahun ini.



Kalau tak dikecewakan, maka takkan merasa kejayaan.
Yang susah itu selalu datang dulu, sebelum senang. Lumrah alam yang tak kan pernah berubah. Kalau tak kerana bonda dan ayahanda latih untuk bersederhana, maka takkan merasa aku untuk bersenang macam sekarang. Kalau tak kerana belajar dari akak dan abang yang bersusah-susah nak sampai menara gading, tak merasa aku jadi pelajar universiti Apex.

Baru 20 tahun, apalah sangat. Pengalaman masih belum cukup kalau nak dipenuhkan satu gelas kosong.
Perjalanan masih jauh. Dan tak ada penghujung. Dan jangan dicari penghujung hidup. Apa guna cari penghujung, kalau nanti habis sumpah seranah yang jadi garisan penamat. Penghujung cuma akan datang bila Izrail datang.


Terima kasih pada semua yang wish. May Allah bless you guys too. Dan sesungguhnya pada hari ini, saya telah melangkah setapak lagi untuk menuju ke alam barzakh.


Monday, December 13, 2010

Tragedi Holiday

Ok. Telah kembali ke rumah petang semalam. Holiday yang superb best. Konvoi 4 kereta buatan Malaysia ke destinasi. Bermandi manda dengan family. Sampai kulit jari kecut. Melompat sana sini tanpa menghiraukan keluarga lain. Memanggang ayam sambil berposing bila ada cameraman datang. Sangat best. Serius. BBQ yang hitam legam habis dimakan. Ya. Hitam legam.


Last day. Well... this is my big happy family. Without Along and her husband, plus their 4 children. And also my bro, Hanafi. They are not in this pic. Diorang kena tinggal. Tahun depan mohon cuti awal-awal eh :)

Holiday diakhiri dengan tragedi kereta Proton Saga cium belakang Iswara. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua pemandu dan penumpang selamat. Cuma cedera ringan je.









Ohh ya.. I was in that car when it crashed. Sangat horror

Saturday, December 11, 2010

Holiday

Ok. Menulis entri di pagi hari adalah sangat pelik bagiku. Bangun pagi juga sangat pelik bagiku. Sampai ada suara yang tegur 'eh, kenapa kau bangun awal??'. Terus bermonolog dalam hati. Berani kau nak bangun lambat, Pida. Nak kena tinggal sorang-sorang ke??

Hari ni mahu berholiday bersama family tercinta. Selalu tak dapat join bila family buat big event. Demi mengejar citaa-cita. Ayat sedapkan hati. Tapi kali ni dapat sahkan kehadiran. Padan muka kau kena tinggal wahai abangku yang hensem bernama Hanafi!!!!

Ok. Mahu bersiap-siap nak menikmati masa-masa berkualiti dengan keluarga.
Dalam erti kata lain, akan menjadi amah a.k.a bibik terhebat kepada 7 orang anak-anak selama 2 hari 1 malam =.=!











ni takde kaitan ngan entry.
tapi yang penting,
aku rindu nak mampos dengan korang =.=!

Monday, December 6, 2010

Anak-anak MenggedikTengah Jalan

Ok. Ni la rutin harian kami bila petang-petang. Main kat laman rumah sambil suruh mak usu amik gamba. Mak usu kami memang baik =.=!


Saya Jaji. Saya demok
Saya Yaya. Saya kepoh







Kiri, Yaya. Kanan, Jaji.







Sesi menggedik waktu petang dihentikan serta merta lepas budak demok tu jatuh. Beliau cedera ringan di lutut.



Model: Jaji, Yaya, Haikal, Cik An
Lokasi: Laman rumah nenek
Cameraman: Mak Usu a.k.a empunya belog