Showing posts with label tips ajaib. Show all posts
Showing posts with label tips ajaib. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Menipu Itu Kadang-kadang Perlu Bila...

Ok. Ni cuma borak kosong. Dan mengikut pengalaman sendiri, kadang-kadang menipu tu boleh guna dalam beberapa situasi. Dalam hal ni, aku tak guna istilah menipu. Tapi aku guna istilah 'penyelesaian masalah secara kreatif'.


1. Dalam kelas

guest what they are doing. discussing or gosipping??

Lecturer: Lari 3 jam. Bla... Bla... Bla... Dehydration. Bla.. Bla... Bla... Tekanan darah naik.
Student: *angguk kepala dua kali*
Lecturer: Recovery period. Bla... Bla... Bla... Atlet lagi cepat. Bla... Bla... Bla... Paham??
Student: *angguk dua tiga kali*

**Angguk kepala konon-konon paham. Tapi dalam hati mencarut-carut, apa benda tah ni. Haram jadah tak paham. Dah la perut lapa. Mengantuk pulak tu...



2. Masa interview


masa untuk menjaja kelebihan diri

Panel interview: Kenapa saya kena ambik awak kerja sini??
Kita: Saya rajin. Bla... Bla... Bla... Boleh kerja lebih masa. Bla... Bla... Bla... Tahan maki.
Panel interview: Apa kelebihan awak yang orang lain tak ada??
Kita: Saya kreatif. Bla... Bla... Bla... Imaginasi tinggi. Bla... Bla... Bla... Senang bergaul

** Kita kena jual diri kita sehabis mungkin waktu interview



3. Masa shopping



(situas 1)
Salesman: Ni barang baik kak. Bla... Bla... Bla... Beli 3 percuma 4. Bla... Bla... Bla... Senang guna.
Kita: Takpe. Tak nak beli.
Salesman: Yang ni lain kak. Bla... Bla... Bla... Mutu terbaik. Bla... Bla... Bla... Pak Lah pon guna ni
Kita: Terima kasih je la. Saya dah ada banyak kat rumah. Sampai tak tau nak letak mana



(situasi 2)
Kita: Ni berapa harga??
Salesman:RM31.67
Kita: Mahalnya. hari tu saya beli kat kedai Si Polan RM31 je.
Salesman: Saya tak ambik untung kak. memang tak boleh turun harga dah ni
Kita: Ye ke?? Tak jadi la beli. Saya beli kat kedai Si Polan je la
Salesman: Ok la. Boleh la RM31 #$%^&*

*Costumer is always rite. Try buat kat PDI ke, MNG ke. Confirm dapat maki.



4. Masa exam

Contoh soalan: Berikan tiga pandangan anda tentang gagasab 1 Malaysia
Jawapan: Bagus untuk Malaysia. Bla... Bla... Bla... Mewujudkan perpaduan. Bla... Bla... Bla... Mengelakkan perpecahan. Bla... Bla... Bla...

**Padahal tak tau apa2 tentang 1 Malaysia. Tapi gebang sampai dua muka surat. Kalau mood penanda kertas baik, dapat full mark.


gambar amik dari google dan simpanan peribadi

Monday, November 8, 2010

Teknik Menjawab Peperiksaan [part 2]

Ok. Masih guna prinsip yang sama. Fokus kat kata kunci



** BINCANGKAN unsur-unsur................
Cara jawab yg betul: Tarik kerusi, bawak g meja orang sebelah. Lepas tu, bincang sampai lebam. Kalau pengawas marah, tunjuk je soalan tu kat dia

**
KENAL PASTI faktor-faktor............
Jawapan: Saya tak kenal dan tak berminat nak kenal.!! (tanda seru menunjukkan anda yakin !!)

**
BERIKAN satu contoh...............
Jawapan: Maaf, saya tak sudi nak beri!!/Kalau saya tak nak beri??

** How to
CALCULATE.......
Answer: By using calculator.







Kadang2 apa yang kita rasa mengarut, benda tu la sebenarnya yang kita akan buat. Motip bg statement konon2 serius??!! Sebab aku pernah guna salah satu jawapan kat atas ni. Ok. Tak kelaka.

Saturday, November 6, 2010

Teknik Menjawab Peperiksaan

Ok. Fokus pada kata kunci




1. Apakah PANDANGAN anda tentang.................
Contoh jawapan: Pandangan saya berubah-ubah mengikut cuaca. Jika keadaan pada waktu itu hujan, maka pandangan saya akan menjadi kabur. Sebaliknya, pandangan saya akan menjadi silau jika cuaca adalah panas terik. Bla bla bla bla


2.Berikan PENDAPAT anda tentang.............

Contoh jawapan:Saya gagal mendapat apa2 impak daripada apa yang telah dinyatakan/ saya tak dapat apa2 pon


3. Apakah KESAN daripada........

Contoh jawapan: Kesannya adalah saya terpaksa perah otak untuk lulus subjek ini dengan menjawap soalan ini secara kreatif dan inovatif.


4. BILAKAH terjadinya peristiwa.............................

Contoh jawapan: Tarikh peristiwa tersebut tercatat di dalam buku nota saya.


5. TERANGKAN secara ringkas bagaimana.............

Tips dpt markah penuh: Jawap pakai pen yang warna terang + cerah tahap mata silau kalau tengok. Nak lagi best, pakai highlighter warna kuning.


*sesuai utk subjek addmath, paper 2

Saturday, July 24, 2010

Tips Siapkan Assignment

Ok. Normal la kena buat banyak assignment. Tak student la kalau tak dapat assignment. Lagi best bila dapat banyak sekali gus. Dateline semua dekat2 je. Terbaek la...!!! Best sgt sampai stress. Tapi kalau dah sampai tahap nak telan paracetamol 3 papan + nak main lompat2 dari tingkat 5, baik korang amalkan tips ni.

1. Drop subject yg banyak assignment. Sumpah korang mesti tak payah susah2 buat assignment utk subject tu macam kawan2 yg lain. Tapi sedia la utk stay lama kt universiti sebab banyak subject tang tertunggak. Takpe.. nampak sikit yg kita sayang nak tinggalkan U.

2. Stay up sampai tengah malam sebab nak curi2 tengok roomates punya assignment. Make sure roomates dah tido dengan nyenyaknya masa operasi dijalankan. Kalau tak, mungkin korang tak dapat tido dalam bilik untuk jangka masa yg lama.

3. Buat team study group. Buat jadual bertugas siapa yg kena fotostat best student punya assignment. Idea ni terbukti sangat berkesan.

4. Mendalami ilmu komputer dan internet. Boleh godam lecturer punya computer dan website utk cari jawapan. Kalau rezeki baik, korang boleh dapat anugerah dekan setiap sem. Tapi kalau kantoi, mungkin tu hari terakhir korang jumpa lecturer.

5. Jangan rasa malu utk mendampingi pensyarah. Bodek2 sikit. Tolong2 apa yg patut. (Sumpah.. cara kolot habis...!!!)

6. Berani utk cuba sesuatu yg extrem. Tak payah buat assignment tu. Bila org lain hantar, bertenang dan jgn gelabah. At least kena tolak 10% je. Masih ada masa utk study dan score kat final exam.

Ok. Selamat buat assignment