Showing posts with label USM. Show all posts
Showing posts with label USM. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru 2012


Aku tangguh dulu cerita/wish/azam/semangat pasal tahun baru, sebab esok aku ada final exam.. Apa-apa hal, kita cerita lepas 17 Januari nanti. Ok??! Cuma nak cakap, lagu bawah ni rumusan untuk harapan tahun baru.
 

credit: Mawi, Akhil Hayy, youtube

Aku sambut tahun baru dalam dewan exam. Lejen kan? kehkehkeh... Apa-apa hal, wish me luck~!

Wednesday, December 7, 2011

WW#5- Sains Sukan







.
Keluarga kecil.
Susah senang, hadap sama-sama.

Sunday, May 8, 2011

Pantai Melawi

Ok. Semalam telah menghadirkan diri ke Pantai Melawi, Bachok. Free of charge punya picnic. Thank to uncle and auntie :) Macam biasa, buat bbq sikit-sikit. Tapi agak bengong gak sebab aku tak bawak baju lebih. Sudahnya, orang lain mandi, aku dengan Put duduk kat tepi-tepi je. 

Best fruit ever :)


 
Ni pantai Melawi. Pertama kali datang sni. Lagi berkenan dengan pantai ni daripada PCB, Pantai Senok dengan  Pantai Irama.



 
Hasil kerja keras 

 



Ok. Hari ni akan bertolak ke Penang dan esok ke Perlis.Mintak-mintak orang lain tak tau yang aku sebenarnya tak nak pergi camp ni. hahaha..Kidding?? I don't think so. hahahaha (lagi)

Tuesday, April 5, 2011

Future Sport Scientist

OK. A few random pictures from last week dinner. Better late than never,, babe~! Haha


The Sport Scientist

1 year
(klik kanan utk kasi gambar clear)


My batch


3rd year, penganjur


mereka yang diraikan, 4th year
Abg Ikhlas, Mawi, MatMin, Syakir, Iman, Abah, Adam
Yee Lin, Kak Mar, EE Lin, Kak Ila, Kak Husna, Kak Shery, Kak Ina, Pa'e



The Food







Oleh sebab kami lapar tahap gaban,
ini je yang mampu ditangkap oleh lensa kamera.
Lain semua dah dalam perut



Kami dan Gitar





Bila kami semua perasan nak jadi macam Yuna, Anna Raffali, Wani Ardy dan Fynn Jamal.


Pictures of The Day


















More pictures and update about this Garden Dinner from Shera, Abg Ikhlas, and Adda. Plus, Adda is the one who ask me to make this entry :)

Tuesday, February 15, 2011

Hakikat Kehidupan Pelajar Universiti

Ok. Dulu masa sekolah, sebok nak habis cepat. Nak masuk menara gading. Tapi cikgu selalu momok-momokkan yang jadi budak sekolah lagi best. Sekarang terbukti sebenarnya cikgu tak pernah menipu. Dan aku ambil tindakan untuk senaraikan hakikat sebenar tentang pelajar universiti. Ini yang budak-budak sekolah patut tahu.

** Frasa menara gading. Dah 2 tahun hidup kat USM ni, tak pernah lagi nampak gading kat sini. Tah ada kat celah mana gading tu. Kat U lain ada gading??



ini adalah gading. Dan ianya tak pernah ditemui di USMKK

** Pakaian bebas. Ni yang paling budak-budak sekolah tak sabar. Tahukah anda pakaian bebas sungguh melecehkan??!! Pagi-pagi bangun, dok termenung kat depan almari. Pikir nak pakai apa gi kelas. Kang pakai baju ketat kena saman. Pakai selipar jamban tak boleh masuk lab. Pakai baju tak ada kolar tak boleh masuk dewan exam.



ni uniform yang korang akan rindu

** Sharing is really not caring. Contoh paling simple, duduk depan tv senyap-senyap. Tiba-tiba, datang makhluk durjana alih tv tengok cerita Korea. Tunggu berjam-jam nak ambik turn basuh baju, tiba-tiba muncul spesis syaiton nirrojim cut kita punya turn. Nikmat online selalu dihancurkan dengan line wifi yang lajunya cuma sepantas siput berjalan.



but sometimes sharing is fucking not caring

** Masa itu emas. Kalau free, memang free nak mati. Sampai tak tau nak buat apa. Nak tido pon dah boring. Nak keluar gi bandar pon dah tak tahu nak pusing mana. Sebab semua tempat dah pergi. Tapi kalau buzy, memang buzy tahap cipanzi. Nak mandi gi kelas pon dah tak sempat. Apa lagi nak lepak dekat cafe main poker. Sekarang aku free, sebab tu boleh update blog. tapi sikit hari lagi, blog ni akan terbiar sebab aku buzy.




** Jauh perjalanan, lemah fikiran. Aku harap Dewan Bahasa & Pustaka tak saman aku sebab keluarkan peribahasa macam haram ni. Fakta menarik, ramai yang lagi sanggup main dota daripada jalan kaki jauh-jauh gi kelas. Fakta lebih menarik, kebanyakan pelajar suka tuang kelas pagi pukul 8. Salah satu sebab dia, kelas jauh dari bilik.



this what happened to me

**Hakikat paling utama. Korang akan rindu zaman universiti, once korang dah start kerja. Masa tu confirm akan keluar lagi satu entry tajuk dia 'Hakikat Kehidupan Zaman Bekerja'. Dan entry tu akan dimulakan dengan ayat '
Ok. Dulu masa belajar kat U, sebok nak habis cepat....'



Aku tak akan rindu korang, budak-budak sport science USM batch 09/10. Sikit pon tak.
Ok. Aku tipu =.=!


Monday, January 24, 2011

Lewat Waktu Ini...

Ok. Blog ni terbiar sebab kekangan masa. Dah berhabuk, berkulat berlumut bagai agaknya. Sibuk dengan DPNC. Dan DPNC dah pon habis dengan jayanya. Tahniah pada penganjur dan semua yang terlibat. Termasuk speaker dewan.
*tepuk dada sendiri*


Ni antara khazanah yang terhasil masa DPNC


pentas akhir DPNC 2010/2011. I was there, in the middle =)


Naib johan DPNC, desasiswa PETAS


Johan DPNC 2010/2011, Desasiswa Aman Damai


Pasukan tuan rumah 1


pasukan tuan rumah 2


Tukang membebel utk bilik sidang 2 (Pida)
Tukang tekan loceng (ShiraSharif)
Tukang panggil hakim (Adda)


So this big big event was successfull. Sangat lega. Boleh bersenang-senang lepas ni. Tapi...

  • hari khamis ni ada quiz Training Methodology. Nota tak pernah bukak lagi.
  • Lepastu kena uruskan pasal Malam Aspirasi Seni Nurani sebelum cuti raya cina. Maknanya ada lagi 3 hari je untuk uruskan semua tu.
  • Assigmnet Test & Measurement tak sentuh lagi dan kena siapkan sebelum raya cina gak kalau nak cuti panjang.
  • Kerja kursus Sport Psychology tak bincang lagi.
  • Persiapan untuk Temasya Olahraga Tahunan pon tak selesai lagi.

Ok. Sebenarnya masih belum boleh tarik nafas lega. Masih banyak kerja yang menanti

Monday, January 10, 2011

Misteri AJL 25

Ok. Terkejut dengan juara AJL?? Aku tak. Aku cool. Dah agak dah dia menang. Ha... Nampak tak yang aku tipu?? Ok. Mengaku. Aku pon terkejut gak. Ni yang aku nak cerita sikit. Aku pesan awal-awal. Cerita aku cerita misteri dan semuanya tentang misteri. MISTERI ok~!!

********************


1. Ana Raffali menang. Misterikah??? Serius cakap, aku terkejut sikit. Sikit je ok. Not bad la dia. Lagu Tolong Ingatkan Aku tu pon agak sedap. Ok. Korang tengah kutuk aku kan?? Aku tak kesah..



2. Hafiz kena tembak. Kalau aku tengok sorang-sorang AJL tadi, confirm aku ingat dia pengsan betul-betul. Serius bengap aku. Kira misteri la tu. Tetiba jatuh gedebuk camtu. Lagi satu, cuba bagi jawapan paling bernas, berapa laju Hafiz tu lari tukar baju? Misteri ni aku tak boleh selesaikan sorang-sorang.



3. Faizal Tahir hanyut dalam air. Penat gak gaduh dengan member aku. Betul ke dia masuk dalam air. Jawapan aku tak, jawapan member aku ye. Malas cakap banyak. Korang tunggu je la Melodi ahad ni. Ni misteri tahap tadika je




4. Black punya vokal memang aku puji tahap dewa dewi. Tapi nak buat macam mana. Kalau aku ada kuasa, mungkin sekarang jugak aku tanya juri, kenapa dia tak dapat vokal terbaik. Aku rasa ni misteri tahap dewa dewi bila Black tak dapat anugerah tu. Mungkinkah nama artis mempengaruhi mentaliti pihak juri?? Misteri



5. Siti Nurhaliza punya tudung terbang pergi mana?? Ke memang fesyen sekarang, rambut palsu jadikan penutup kepala a.k.a tudung?? Ni misteri tahap kelas atasan. Aku tak boleh jawab.




6. Dato' Sharifah Aini bukan banyak tahi lalat ke kat muka dia?? Ke aku salah orang dan silap pandang?? Entah. Tapi Kak Pah maintain nyanyi atas pentas malam ni. Kelas la you Kak Pah..


7. Penghuni asrama aku jerit lepas Cheryl, Ally & Faizal Ismail cakap Ana Raffali juara AJL. Lepas tu siap tarik muka tak puas hati. AJL tak habis lagi, diorang dah tinggalkan bilik tv. Lepas tu mencarut-carut. Apsal ha?? Kenapa ek?? Aku harap ada penjelasan untuk misteri yang last ni


NotaAJL:Malam ni rezeki Ana Raffali. Aku ulang lagi sekali, rezeki Ana Raffali. Aku suka je dia menang. Congrat pada yang menag. Yang menanggung kekalahan, next year cuba lagi. Gambar ni semua aku mintak dari pak cik Google

Sunday, January 2, 2011

Masa Untuk Merompak

Ok. Tadi aku usik-usik facebook. Dan yang pasti facebook makin bosan. Cuma petani, penternak dan pengembala je yang masih obses dengan facebook tahap dewa dewi. Aku tak layan Farmville dengan HappyAquarium bagai tu semua. Aku tetap dengan PlantVsZombie yang aku copy dari kawan aku.

Baca status kawan-kawan. Semua cakap PTPTN dah masuk. Rezeki diorang. Patut la semua pakat pergi shopping. Apa cerita JPA aku, aku pon tak tau. Poket memang tengah kering kontang. Dengar kata lambat lagi. Aku cuma berharap perkataan lambat tu bertukar jadi kejap.

Tetiba aku terbaca status junior aku pasal JPA. Aku kelip mata dua tiga kali. Lepas tu aku senyum sampai ke telinga sorang-sorang. Bak kata muda-mudi zaman sekarang ni, senyum menganjing. Terus aku tukar baju. Sarung tudung. Tepek bedak sikit kat muka. Berfikir-fikir nak pergi Kota Bahru cari hiburan.

Aku dengan lagi empat orang member. Kitorang pergi minum-minum. Release tension. Senang hati la katakan. Lagi pon esok cuti



kami lepak minum-minum kat sini



dengan orang kaya, Puteri


Lepas penat gelak-gelak, kitorang pon balik. Jap-jap... Lupa nak bagi tau. Ni status junior aku


Depan kampus aku ni banyak bank. Tinggal tunggu masa je nak buat operasi.
Sangat dem =.=!




NotaRompakan: Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi belanja aku makan tadi. Korang memang memahami

Friday, December 31, 2010

Indahnya Sambutan tahun Baru Saya



1.13am (31.Disember.2010)
Semua diam sebab teruja tengok cerita Step-up 3. Rab memecah kesunyian. Nina dan aku terus mencurahkan idea yang bernas.

"Jom keluar esok. Bla.. Bla.. Bla... Kita sewa kereta. Bla... Bla... Bla... Bunga api. Bla.. Bla.. Bla... Tengok la esok macam mana"



2.30am (31.Disember.2010)
Semua dengan hala tuju masing. Online, 0nline lagi, dan terus online. Online sampai lebam. Ni je la hiburan yang ada. Hujan turun mencurah-curah.


4.45am (31.Disember.2010)
Ucapkan selamat pagi pada dunia. Capai stokin. Capai sweater. Capai selimut. Tidur. Hujan kat luar masih lebat.


xx.xxam (31. Disember.2010)
Buka mata. Buang selimut. Campak sweater. Tanggalkan stokin. Pagi terakhir di tahun 2010. Sepatutnya waktu2 macam ni dah terang benderang. Tapi bumi Kelantan terus dibasahi hujan rahmat. Otak masih ligat pikir nak buat apa malam tahun baru ni.


1.30pm (31.Disember.2010)
Makan tengah hari kali terakhir untuk tahun 2010. Masih dengan agenda yang sama. Nak buat apa malam ni. Aku, Nina dan Rab terus keluarkan hujah masing-masing. "Jom la keluar. Bla... Bla... Bla... Boring duduk bilik. Bla... Bla... Bla... Petang ni 6.30"


6.30pm (31.Desember.2010)
Call Nina & Rab, tanya diorang dah siap ke belum. Jumpa kat tempat biasa. Destinasi yang dituju, pasar malam. Ya. Pasar malam. Kami makan bersama-sama untuk kali terakhir di tahun 2010.


9.00pm (31.Disember.2010)
Masih berusaha untuk cari alternatif nak buat apa malam tahun baru ni. Semua cakap nak keluar. Tapi poket semua tengah kering. Bincang sampai lebam. Akhirnya, semua capai kata sepakat.




12.00am (1.Januari.2011)

Aku duduk mengadap lappy. Aku klik 'publish post'. Oleh sebab loan tak masuk lagi, semua sepakat duduk kat bilik je sambil muhasabah diri. Dan aku rasa macam nak pergi merompak sekarang ni.



Muhasabah diri, ain't that kind of sweet celebration? Lagi-lagi untuk manusia-manusia yang hidup mengharapkan ehsan duit loan. Apa-apa pon, selamat tahun baru.